English    Bahasa Melayu  中文

Mengapa laser?



 

Pembedahan untuk “BPH” (pembesaran prostat benigna) bertindak mengeluarkan tisu prostat yang tidak dikehendaki yang menyebabkan kesekatan aliran kencing dari pundi kencing. “TURP” adalah kaedah pembedahan yang amat terkenal dan masih popular untuk rawatan ini. Ia bertindak dengan mengeluarkan kepingan tisu prostat yang tidak dikehendaki yang menyekat aliran kencing dengan menggunakan alat pemotong “electrodiathermy”. Perdarahan menjadi masalah utama semasa dan selepas pembedahan. Oleh itu menjadi lumrah untuk pesakit tinggal di hospital 3-4 hari untuk pemerhatian lanjut. Rawatan Laser PVP (Photoselective Vapourisation of Prostate) kami menggunakan cahaya laser hijau berkuasa tinggi yang bertindak dengan berkesan dalam membenarkan pigmen darah di dalam tisu prostat menyerap cahaya ini lalu memanaskan tisu prostat ketahap pengewapan. Di samping itu, proses ini membentuk lapisan pelindung bagi mengelakan perdarahan. Lebih banyak pigmen sel darah merah di dalam tisu prostat, maka lebih baik penyerapan dan kesannya.

 


Tisu prostat yang besar yang kaya dengen sel darah merah amat sesuai untuk rawatan laser ini kerana kes-kes begini berisiko tinggi mengalami perdarahan mendadak jika “TURP” di lakukan. Sesetengah rawatan laser mengalakan pembentukan lapisan tisu mati dan kekal melekat menyebabkan pesakit gagal membuang air kecil dengan lancar. Dengan Sistem Laser LaserScope® GreenLightTM™, kesekatan tisu prostate dapat dikeluarkan dalam masa yang singkat dengan perdarahan minimal sehingga membenarkan pesakit membuang air kecil seperti biasa di dalam tempoh 24 jam. Risiko perdarahan yang amat rendah ini membenarkan pembedahan ini sesuai dilakukan keatas pesakit yang mengambil pengubatan antikoagulan seperti Warfarin dan anti pembekuan darah seperti Ticlid, Plavix atau Aspirin kerana golongan ini terdedah kepada risiko perdarahan.

  QuickTime needed to view video.