English  Bahasa Melayu  中文

Perkhidmatan kami

> Rundingan khusus berdasarkan gejala     dan masalah
> Pemeriksaan kesihatan menyeluruh     untuk lelaki sihat
> Penyelidikan makmal
> Penyiasatan teropong pesakit luar
> Ultrasound scan
> Biopsi prostat
> Rawatan penyakit prostat untuk
    semua pesakit luar

> Pembedahan laser prostat PVP
> Pembedahan prostat tanpa laser
> Lain-lain perkhidmatan sistem kencing
   


Rundingan khusus berdasarkan gejala dan masalah

Jika anda mengalami gejala-gejala khusus yang ada kaitannya dengan prostate anda, maka kami ada menyediakan perkhidmatan perundingan, penyelidikan dan saranan dari kedua-dua pakar kami. Pemeriksaan yang bersesuaian akan diusulkan semasa rundingan dan tindakan boleh diambil pada hari yang sama supaya anda akan mendapat rumusan kepada masalah anda.

back up


Pemeriksaan kesihatan menyeluruh untuk lelaki sihat

Ketumbuhan prostat samada benigna atau malignan menjadi semakin menular di kalangan lelaki berusia atas 50 tahun. Juga berkaitan rapat ialah masalah fungsi seksual lelaki. Jika anda tidak mengalami tanda gejala khusus dan berhajat untuk mengetahui status kesihatan prostat anda, atau tahap kesihatan seksual anda, kami menawarkan perkhidmatan yang komprehensif melalui penilaian, nasihat dan pengurusan.

back up


Penyelidikan makmal

Kami menyediakan penyelidikan makmal menyeluruh yang disertai keputusan pada hari yang sama untuk semua aspek masalah prostat (kecuali tisu untuk mengesan kanser).

back up


Penyiasatan teropong pesakit luar

Kami dilengkapi peralatan untuk menjalankan pemeriksaan dalaman menggunakan teropong melalui saluran kencing, kelenjar prostat dan pundi kencing dengan hanya menggunakan bius setempat. Paparan video secara langsung akan dilakukan dan dirakamkan.

back up


Ultrasound scan

Kami menawarkan ultrasound scan abdomen secara langsung untuk melihat keadaan buah pinggang, pundikencing dan prostat.

back up


Biopsi prostat

Kami menawarkan pemeriksaan ultrasound prostate secara langsung dan boleh melakukan biopsi prostat sistematik pada hari yang sama untuk mengesahkan kanser prostat.

back up


Rawatan penyakit prostate untuk semua pesakit luar

Kami dilengkapi dan dibekalkan untuk memberi terapi pengubatan untuk semua penyakit prostat. Kami juga menyediakan “External Magnetic Innervation Treatment” menggunakan “NeoControl® Magnetic Chair” untuk rawatan radang prostat kronik.

back up


Pembedahan laser prostat PVP

PVP (Photoselective vaporization of prostate) memaksimakan penggunaan cahaya laser hijau berkuasa tinggi untuk mengewapkan tisu prostate yang tidak diperlukan dengan perdarahan yang minimal semasa pembedahan dan kesakitan yang minimal selepas pembedahan. Pesakit menjalani PVP dibenarkan pulang pada hari yang sama dan dijangkakan dapat membuang air kecil seperti biasa pada hari yang sama atau esoknya. Risiko perdarahan yang amat rendah menjadikan kaedah ini amat sesuai untuk pesakit yang mengambil pengubatan mengelakkan pembekuan darah, contohnya antiplatelet seperti Aspirin, Ticlid, Plavix dan anti koagulan seperti Warfarin.

back up

Pembedahan prostat tanpa laser

Kami digabungkan dengan Pusat Perubatan Gleneagles Intan , iaitu pusat perubatan yang disegani dan berupaya menjalankan prosedur major dan kompleks. Ia juga dilengkapi untuk mengendalikan pembedahan berkaitan sistem kencing dan yang tidak berkenaan. Kedua-dua pakar kami bertugas sebagai pakar perunding di pusat ini dan mendapat hak sepenuhnya dalam menggunakan perkhidmatan dan peralatan di pusat ini termasuk penjagaan pesakit dalam.

back up


Lain-lain perkhidmatan sistem kencing>

Kami berkemampuan untuk menyelaraskan rujukan dan pemindahan pengurusan serta rawatan kepada semua pakar perunding di Pusat Perubatan Gleneagles Intan atau mendapatkan bantuan dari pakar lain untuk masalah bukan urologi.

back up