English  Bahasa Melayu  中文

Laman utama

Perkhidmatan kami

Pakar perubatan kami

Mengapa laser

Menghubungi kami

Pesakit dari luar negara

Soalan-soalan umum

Pakej Perkidmatan

Soalan-soalan umum



> Adakah laser sesuai untuk saya?

> Selamatkah Laser PVP?

> Adakah Laser PVP mendapat kelulusan     FDA?

> Perlukah saya bermalam di hospital?

> Adakah saya akan mengalami kesakitan     semasa prosedur?

> Apakah kesan Laser PVP pada
    kehidupan seksual saya?


> Bilakah saya akan melihat hasilnya?

> Bilakah saya boleh melakukan
    aktiviti-aktiviti normal?


> Berapa lamakah saya dapat menikmati
    faedah selepas Laser PVP?


> Saya pernah menjalani pembedahan
    prostat. Bolehkah saya menjalani
    prosedur Laser PVP lagi?


> Bagaimana mengetahui bahawa saya
    layak untuk Laser PVP?


> Perlukah saya menggunakan tiub salur
    kencing selepas prosedur?


> Adalah saya akan mengalami kesakitan
    selepas prosedur?


> Apakah risiko jangkitan selepas Laser
    PVP?
 


Adakah laser sesuai untuk saya?

Laser PVP amat sesuai untuk semua pesakit yang mengalami gejala kesekatan kencing yang ketara akibat pembesaran prostat (BPH). Teknik ini memusnahkan samada ketumbuhan malignan atau benigna. Jika diagnosa tisu diperlukan, biopsi boleh diambil sebelum Laser PVP. Oleh itu, Laser PVP amat sesuai untuk semua pesakit lelaki yang mengalami masalah kesekatan prostat yang ketara. Kesesuaian individu untuk rawatan Laser PVP hanya boleh ditentukan oleh pakar urologi selepas perundingan dijalankan.

back up


Selamatkah Laser PVP?

Kaedah Laser PVP selalunya mengambil masa kurang dari satu jam. Kajian terkini membuktikan bahawa Laser PVP lebih selamat dari “TURP” dengan kehilangan darah yang minimal. Larutan glycine tidak digunakan semasa prosedur dijalankan dan tiada risiko penyerapan glycine (Sindrom TUR). Komplikasi pos operatif adalah rendah dan proses pembuangan air kecil ke tahap normal dicapai dengan segera selepas prosedur ini berbanding rawatan laser yang lain untuk pembedahan prostat. Prosedur ini dilakukan di bawah bius spinal atau bius am yang singkat dan tiada kesakitan dirasai semasa rawatan dijalankan.

back up


Adakah Laser PVP mendapat kelulusan FDA?

Ya! Sistem laser ini telah menerima kelulusan dari FDA pada bulan Mei tahun 2001.

back up


Perlukah saya bermalam di hospital?

Kebanyakan pesakit dibenarkan pulang beberapa jam selepas prosedur. Ada pesakit yang memilih untuk berehat semalaman di hospital sebagai langkah berjaga-jaga dan ada yang dinasihatkan bermalam di hospital untuk pemerhatian, terutamanya jika prosedur dilakukan pada lewat petang atau perjalanan pulang mengambil masa agak lama.

back up


Adakah saya akan mengalami kesakitan semasa prosedur?

Jika anda diberi bius am yang singkat, anda berada di dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya sepanjang prosedur. Jika dari paras pinggang hinggalah ke kaki dikebaskan (bius spinal), maka anda akan sedar sepenuhnya tetapi tiada kesakitan dirasai semasa prosedur. Pemilihan untuk jenis bius ditentukan oleh anda dan pakar bius.

back up


Adakah kesan Laser PVP pada kehidupan seksual saya?

Pembedahan tradisi untuk pembesaran prostat (BPH), iaitu TURP dikaitkan dengan risiko mengalami sedikit gangguan ereksi. Dalam 20 laporan kes-kes klinikal terhadap Laser PVP, tiada didapati kes yang mengalami gangguan ereksi. Bagaimanapun, seperti TURP, walaupun perasaan seronok masih dirasai, pancutan air mani tidak berlaku dan pesakit mengalami kemuncak sex yang “kering”, namun keadaan ini tidak sepatutnya mengganggu keseronokan hubungan seksual.

back up


Bilakah saya akan melihat hasilnya?

Kebanyakan pesakit merasai kesan yang ketara terhadap proses pembuangan air kencing sejurus selepas prosedur dan akan kembali normal selapas 24 jam.

back up


Bilakah saya boleh melakukan aktiviti-aktiviti normal?

Anda boleh memandu kereta atau kembali bertugas di pejabat dalam tempoh seminggu selepas Laser PVP.

back up


Berapa lamakah saya dapat menikmati faedah selepas Laser PVP?

Penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa faedah dinikmati dalam jangka masa yang lama dan jarang yang memerlukan pembedahan berulang. Jangka masa ini juga dipengaruhi oleh faktor kadar pembesaran tisu prostat.

back up


Saya pernah menjalani pembedahan prostat. Bolehkah saya menjalani prosedur Laser PVP lagi?

Ya! Tidak syak lagi.

back up


Bagaimana mengetahui bahawa saya layak untuk Laser PVP?

Hanya pakar urologi anda yang akan menentukan samada anda layak mendapat rawatan ini, berdasarkan sejarah, permeriksaan dan keputusan ujian anda. Keputusan juga dibuat berdasarkan pertimbangan klinikal pakar anda. Kami sudi memberi rundingan dan pemeriksaan untuk tujuan ini.

back up


Perlukah saya menggunakan tiub salur kencing selepas prosedur?

Kebanyakan pesakit tidak perlu memakai tiub salur kencing, tetapi jika diperlukan tiub selalunya dikeluarkan dalam tempoh 24 jam.

back up


Adalah saya akan mengalami kesakitan selepas prosedur?

Anda akan merasa kurang selesa seperti pedih yang ringan semasa pembuangan air kecil selama satu minggu. Masalah ini dapat diatasi dengan ubat penahan sakit.

back up


Apakah risiko jangkitan selepas Laser PVP?

Kuman yang mengakibatkan jangkitan selalunya memasuki pundi kencing melalui tiub kencing yang anda gunakan. Jangkitan kencing kurang berlaku selepas Laser PVP kerana anda hanya menggunakan tiub kencing untuk masa yang singkat.

back up


   
    Nafian Tanggungjawab      |      Copyright 2006 Green Light Prostate Laser Centre™