English   Bahasa Melayu  中文

Pakar Perubatan Kami

Kedua-dua pakar kami berpengalaman dan diikhtirafkan sebagai pakar bedah oleh lembaga-lembaga kepakaran urologi di negeri Britain dan Malaysia dengan mempunyai reputasi yang baik.

 

Dr Loh Chit Sin
dr.loh@prostatelaser.com.my

MB ChB (Hons.), MD L'pool, FRCSEdin,
FRCS Urology, FAMM.



Dr Loh Chit Sin berkelayakan dalam bidang perubatan dari Universiti Liverpool pada tahun 1983. Setelah menjalani latihan pembedahan am secara meluas, beliau mengambil “FRCS” dari Edinburgh dalam tahun 1987. Beliau telah menghabiskan masa selama 2 tahun melakukan penyelidikan laser di “National Medical Laser Centre” di “University College Hospital di London dan menerima Sijil kedoktoran (MD) di atas kerja-kerja penyelidikan beliau pada tahun 1996.

Beliau meneruskan latihan kepakaran urologi tinggi di negeri Britain dan memperolehi “FRCS” dalam bidang urologi dan mendapat pengesahan kepakaran urologi dari “British Intercollegiate Board” dalam tahun 1997. Dr Loh adalah bekas Profesor Madya di bidang urologi di Universiti Malaya dan adalah bekas Presiden Persatuan Urology Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai pakar perunding sepenuh masa dalam bidang urologi di Pusat Perubatan Gleneagles Intan semenjak tahun 1999. Dr Loh fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis dan Hokkien.
 
Dr Chua Chong Beng
dr.chua@prostalaser.com.my

B Med Sci (Hons), BMBS, DM (Nottingham),
FRCSEdin, FRCS Urology



Dr Chua Chong Beng memperolehi ijazah asas perubatan dari Universiti Nottingham dalam tahun 1988. Selepas tamat menjalani latihan pembedahan am dan memperolehi “FRCS” dari Edinburgh dalam tahun 1994, beliau memulakan latihan kepakaran urologi tinggi di kawasan Nottingham. Beliau mendapat pengalaman meluas dalam melakukan pelbagai jenis pembedahan laser di institusi tersebut. Dalam tahun 1999, beliau dianugerahi Sijil Kedoktoran (DM) oleh Universiti Nottingham di atas penyelidikan fisiologi dan farmakologi saluran kencing. Dr Chua memperolehi “FRCS” dalam bidang urologi dan pengesahan kepakaran urologi dari “British Intercollegiate Board” dalam tahun 2000 sebelum kembali ke Malaysia untuk memegang jawatan sebagai Profesor Madya dalam bidang urologi di Universiti Malaya. Beliau memasuki amalan perubatan swasta sejak awal tahun 2005 dan sekarang berkhidmat sebagai pakar perunding urologi di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur and Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya.